

Allah-lah
yang telah menciptakan kita, dan Allah-lah yang memilih kita untuk menjadi umat
Rasulullah(sollalahu 'alaihi wa salam), maka Allah-lah yang lebih berhak untuk
memberitahu kita apakah tugas hakiki kita sebagai seorang Muslim.
Allah
berfirman:
Dia
telah mensyariatkan kamu tentang agama, apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada
Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu dan apa yang telah Kami
wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu tegakkanlah agama dan janganlah
kamu berpecah belah tentangnya...(Asy-Syura 42:13)
Bagaimanakah pula untuk kita dapat "tegakkan agama"? Maka,untuk menjadikan perkara ini menjadi jelas sejelas sinarnya matahari.Allah Ta'ala telah menjelaskannya melalui firman-Nya di dalam ayat ke-108 surah Yusuf ini. Marilah kita mencari pedoman dan panduan berkenaan perkara yang amat penting ini!

No comments:
Post a Comment