
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai
sedikit panduan. Allahualam...
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai
menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat
mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan
perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda..jpg)
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang
rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat
setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.
Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular
di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu
menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan
kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai
cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung
jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila
hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras
kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila
berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah
dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka
bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah
melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan,
suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah
merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan
diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak
tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun
perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak
suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila
berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong,
mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.
Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka
menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya,
mudah bersedih hati dan kurang percaya diri
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta
sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka
memilih teman..jpg)
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan
sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak
pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan
waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja
yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.
Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada
orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar
menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak..jpg)
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut
aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri
selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya
merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun
kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.
Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan
cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya
toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi
hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial.
Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai
menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.
Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri..jpg)
No comments:
Post a Comment