Rahsia Warna Biru
Jika anda suka warna biru, anda tergolong
sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan
ketenangan dan ketenteraman. Anda selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan.
Begitu juga dalam bercinta kerana anda lebih cenderung menyembunyikan perasaan.
Rahsia Warna Hijau
Warna kesukaan anda hijau, maka anda tergolong
dalam golongan yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan
udara yang nyaman. Anda adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam
hal bercinta anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan
dapat dipercayai.
Rahsia Warna Kuning
Kesukaan anda warna kuning menandakan bahawa
anda memiliki sifat optimis. Anda seorang periang dan senang bergaul, tidak
memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri
anda,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi anda. Anda orang
yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.
Rahsia Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran
anda maka anda adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi
masa depan anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan anda adalah yang
terbaik. Anda pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya
merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih anda.
Rahsia Warna Putih
Jika anda menyukai warna putih, maka anda adalah
orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi anda
kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral anda yang teramat tinggi. Tak
pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan anda.
Rahsia Warna Hitam
Anda sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja.
Jika anda berada dilingkungan yang tidak disukai, maka anda akan menjadi
murung. Anda selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan
merebut cinta anda.
Rahsia Warna Merah
Anda seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun
sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi anda dapat menahan
diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi anda selalu berfikir dan berfikir
lagi. Anda termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment