29 December, 2012

Pengertian Warna yang Berbeza

Salah seorang pakar psikologi, Ardatsham, mengatakan, "Sesungguhnya pengaruh warna terhadap manusia sangat besar, dan saya pernah melakukan sejumlah penelitian dan menjelaskan bahwa warna berpengaruh terhadap kejiwaan dan semangat kita; merasa panas; atau dingin; atau nyaman; atau bahagia; bahkan boleh berpengaruh terhadap keperibadian seseorang dan berpengaruh terhadap kehidupan.

PENGERTIAN WARNA
Warna jika dirujuk pada Kamus Dewan edisi keempat membawa maksud ‘kesan yang didapati oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda (dengan gelombang yang berbeza-beza) yang dilihatnya’.Selain itu warna menurut kamus ini membawa maksud berbagai-bagai dan corak.Sesuai dengan penemuannya, warna sememangnya adalah cahaya yang dipantulkan oleh objek, dalam bentuk pelbagai dan bercorak.
Jika kita merujuk sumber lain iaitu McGraw-Hill Dictionary of Scientific and Technical Terms, warna ditakrifkan sebagai ‘general term that refers to the wavelength composition of light, with particular reference to its visual appearance’.Berdasarkan dua rujukan maksud warna di atas, dapat disimpulkan bahawa warna adalah hasil daripada kepanjangan gelombang cahaya yang berbeza. Panjang ini membuatkannya berbeza antara satu sama lain jika dilihat secara visual. Contohnya apabila kita melihat sesuatu benda berwarna, sebenarnya benda itu memantulkan komposisi cahaya pada panjang gelombang tertentu.Warna yang berbeza adalah disebabkan kesan pantulan berbeza yang bergantung kepada panjang gelombang yang dipantulkan

MAKNA WARNA SECARA UMUMNYA
WARNA ASAS

MERAH

Warna api dan darah, yang membawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Merah juga dikaitkan dengan unsur romantik dan cinta.Warna merah merupakan warna yang kuat.Warna ini sering dikaitkan dengan keutuhan, kekuatan, bercita-cita, berkuasa, kawalan, tenaga fizikal, asertif, kepimpinan, keinginan seks, stimulasi, kegembiraan, bersemangat seperti letupan gunung berapi dan sebagainya. Seseorang yang meminati atau menyukai warna merah ini dikatakan mempunyai daya penggoda, jika seorang ahli perniagaan, seseorang yang menyukai warna merah ini mampu menunjukkan kuasa atau kawalan, selalu memikirkan tentang keuntungan, menginginkan perhatian, menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap sesuatu yang dilakukan, berusaha mencari jawapan kepada apa yang tidak difahami, ingin melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan cepat, berupaya menjadikan orang lain bertenaga dan kuat. Seseorang yang meminati warna merah juga boleh menjadi ketua yang baik dan jika menjadi pengikut, seseorang itu akan membuat kerja yang diarahkan. Tetapi warna merah ini juga ada kaitan dengan sifat kemarahan, iaitu jika terlalu banyak merah boleh menyebabkan rasa tidak sabar, tidak selesa, mudah terganggu perasaan.

BIRU

Warna ini biasanya dikaitkan dengan warna laut dan langit serta lambang ketenangan.Namun secara negatifnya warna ini juga dikaitkan dengan cemas, ketakutan dan gemuruh.Warna biru ini sering dikaitkan dengan individu pemikir, penyabar, tenang, romantic, teratur, praktikal, berstruktur, bersungguh-sungguh terhadap tugas yang diberi (very task oriented), terlalu berhati-hati dan menunjukkan keyakinan dalam komunikasi. Individu yang menyukai dan meminati warna biru ini juga kadang-kadang boleh mejadi konservatif, kurang mempercayai orang lain, terlalu kritikal terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Penggemar biru juga boleh dikatakan ‘caring individuals’ dan mempunyai personaliti yang mantap, bermotivasi tinggi, pemimpin yang baik dan juga seorang yang peramah serta mudah bergaul dengan orang lain.Suasana biru boleh membantu konsentrasi fikiran tetapi terlalu banyak biru boleh menyebabkan individu merasa kesunyian, terpinggir dan sugul.

KUNING

Biarpun pengertian warna dipengaruhi oleh budaya masyarakat, perubahan zaman telah menyebabkan tanggapan tentang warna turut berubah.Dalam konteks Malaysia sahaja, jika dahulu warna kuning dianggap suci, keramat dan berdaulat, kini warna kuning kurang dianggap begitu.Rakyat biasa pun sudah berani memakai pakaian warna kuning.Bahkan ada yang menggunakan warna kuning untuk memberikan istilah berunsur negatif seperti 'budaya kuning' dan 'otak kuning'.

WARNA SEKUNDER
JINGGA


Warna jingga ialah warna yang sama dengan warna buah oren, dan dinamakan sempena buah ini. Berbeza dengan warna biru atau merah, warna ini dapat dipastikan dengan lebih tepat, kerana kita dapat melihat buah oren. Warna jingga ialah warna yang berkontras dengan biru, dan dapat dilihat dengan nyata di langit yang cerah.Oleh itu, warna ini sering digunakan untuk keselamatan.Misalnya, bomba.

HIJAU

Umumnya warna yang dikaitkan dengan alam sekitar.Misalnya, “Go Green” yang kini bergiat aktif.Warna hijau dikatakan warna yang berkaitan dengan alam, sering dikaitkan dengan kesegaran, harmoni, kestabilan, ketenangan, bijak mengawal perasaan, keamanan, kekayaan, kesuburan, penyembuhan, kebolehan untuk bekerjasama.Individu yang berpersonaliti hijau dikatakan gemar membantu, menyembuhkan dan seolah-olah menjadi ibu kepada golongan yang memerlukan bantuan. Mereka adalah pendengar yang baik, suka membuat pemerhatian dan amanah kerana lebih suka menyimpan apa yang mereka sering fikirkan. Lebih sesuai menceburi bidang kerja sosial, perubatan, kaunselor, psikologis, psikiatris dan bidang sumber manusia kerana berupaya mengambil kira sesuatu daripada pelbagai aspek dan menghormati semua lapisan status pekerjaan. Dilahirkan sebagai pendamai, suka menerima tetamu dan menyebabkan orang lain merasa selesa bersamanya. Warna hijau gelap dikaitakan dengan sifat cemburu, terlalu mengambil berat hal orang lain menjadikan orang selalu mengharap pertolongannya.

MAKNA WARNA LAIN
HITAM

Biarpun berbagai-bagai tafsiran warna digunakan oleh kelompok masyarakat yang berbeza latar budaya, warna hitam tetap dianggap membawa konotasi negatif.Warna hitam dianggap sebagai lambang kejahatan, kematian, kesedihan, mistik, kekejaman dan kesengsaraan.
PUTIH

Warna putih lebih terkenal bagi melambangkan kesucian dan ketulenan.Selain itu, putih juga dikaitkan dengan warna pakaian Doktor dan jururawat memakai sebagai tanda kebersihan.Warna Putih melambangkan kesempurnaan, ketulenan, kesucian, kesegaran, kekuatan spiritual, keikhlasan, dan warna yang menyejukkan. Personaliti putih biasanya berpegang teguh kepada hal dan kepercayaan pada diri sendiri tetapi agak enggan membincangkan dengan orang lain. Mengutamakan apa yang penting kepada diri sendiri. Individu yang memilih warna ini biasanya suka membuat pemerhatian terhadap orang lain dan kadang-kala cuba masuk dalam kelompok atau persekitaran tersebut tetapi melihat diri sendiri sebagai yang istimewa. Kadang-kala mereka berpura-pura menjadi pendiam dan pemalu untuk menunggu mereka diberi perhatian agar mereka boleh menyuarakan pendapat dengan lantang. Mereka memerhati orang lain dengan kritikal tanpa membuat mereka yang diperhatikan merasa dinilai.
COKLAT

Warna coklat atau tanah yang diikaitkan dengan kestabilan dan konservatif.Personaliti coklat mempunyai stamina yang tinggi, sabar, tetap pendirian, sangat berhati-hati, cerewet, boleh diharap, bertanggungjawab, tidak terburu-buru, gigih.Mereka kurang fleksibel dalam sesuatu keputusan dan agak degil. Dicadangkan memakai warna coklat apabila bersedia untuk bekerja keras atau mempunyai tugas besar, ingin merasakan bahawa perjalanan hidup anda stabil atau  lancar. Tidak dicadangkan memakai coklat jika tidak berminat untuk bekerja kuat dan sebaliknya bermain-main






KELABU

Individu yang meminati warna ini sering dikaitkan dengan sifat yang berhati-hati dan sifat bertolak-ansur, kedamaian, kemahiran kawalan diri.Kadang-kadang agak kurang mahir untuk membuat keputusan dan bukan dari kalangan ‘happy-go-lucky’. Personaliti kelabu rajin bekerja tanpa mengharapkan balasan yang sewajarnya,mempunyai kebolehan yang baik dalam bidang perniagaan tetapi sering kerja berlebihan, dan dedikasi terhadap sesuatu komitmen. Terlalu banyak warna kelabu akan menyebabkan rasa terasing dan kesunyian.

UNGU

Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru.Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka.Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan. Respon Psikologi: spiritual, misteri, kebangsawanan, transformasi, kekasaran, keangkuhan. Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran bagi seseorang maka individu itu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan, individu ini tidak pernah ragu-ragu, apa yang dilakukannya adalah yang terbaik. Individu ini dikatakan pandai mengikuti perkembangan zaman.Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih bagi individu ini.





No comments:

Post a Comment