23 February, 2013

Hati Yang Bersih


FADHILAT SURAH YASSIN
  • Surah Yassin merupakan jantung Al-Quran
  • Membacanya sama seperti membaca Al-Quran sebanyak 10 kali
  • Meringankan seksa ahli kubur
  • Mendapat keampunan dan pahala
  • Mendapat kebaikan dunia dan akhirat
  • Dijauhkan dari segala bencana dan keburukan
  • Memudahkan keluarnya roh dari jasad ketika sakaratul maut
  • Dihapuskan dosa-dosa yang lalu
KHAIRUNNAS
Sebaik-baik manusia adalah yang terdapat 5 perkara dalam   dirinya iaitu:
  • Selalu beribadat kepada Allah
  • Ikhlas dalam segala perbuatannya zahir dan batin
  • Tidak menyakitkan hati dan perasaan orang lain
  • Sentiasa berharap kepada Allah dalam setiap sesuatu
  • Hendaklah dia selalu mengingati mati

NASIHAT ABU BAKAR AR-RAZI

Dahan yang berpangkal di dalam hati dan buahnya adalah kemahuan yang  benar

  • Dahan yang berpangkal pada ucapan dan buahnya adalah kata-kata yang benar
  • Dahan yang berpangkal pada kedua kakinya dan buahnya adalah yang suka mendatangi solat berjemaah
  • Dahan yang berpangkal pada kedua tangannya dan buahnya adalah memberi sedekah
  • Dahan yang berpangkal pada kedua matanya dan buahnya adalah melihat setiap kejadian sebagai teladan
  • Dahan yang berpangkal pada perutnya dan buahnya memakan makanan yang halal dan meninggalkan yang ragu-ragu
  • Dahan yang berpangkal pada jiwanya dan buahnya meninggalkan nafsu syahwat.

“Ya Allah… pandanglah diri hambaMu ini dengan pandangan rahmatMu. 
Leraikanlah persoalan diri dengan menitipkannya ke dalam hati dan penuhkanlah piala hatiku ini dengan rindu dan kasih kepadaMu Ya Allah….Amin”




No comments:

Post a Comment